Jumlah rakaatnya:2-4-8

RS 1139 RS 1141 RS 1142

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةََ رَضِي اللُه عَنْهُ، قََالَ :

أَوْصَانِي خَلِيلي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصِيَامِ ثََلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قََبْلَ أَنْ أَرْقُدَ .

مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

والإيتَارُ قَبْلَ النَّوْمِ إِنَّمَا يُسْتََحَبُّ لِمَنْ لَا يَثِقُ بِالاسْتِيْقَاظِ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنْ وَثِقُ فَآخِرُ اللَّيْلِ أفْضَلُ .


Dari Abu Hurairah ra. berkata:

Kekasihku berpesan kepadaku agar aku berpuasa tiga hari setiap bulan, melakukan shalat dhuha dua rakaat, dan melakukan shalat witir sebelum tidur.

(Muttafaq 'alaih)

Melakukan shalat witir sebelum tidur itu hanyalah disunnahkan bagi seseorang yang tidak mempercayai dirinya akan dapat bangun pada akhir malam. Tetapi sekiranya dapat mempercayai dirinya, Maka pada akhir malam adalah lebih utama lagi.


Hadis sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari, hadis no. 1107 dan 1845; Muslim, hadis no. 1182; Abu Daud, hadis no. 1220; al-Tirmizi, hadis no. 691; al-Nasa’i, hadis no. 1659, 1660, 2363, 2364 dan 2365; Ahmad, hadis no. 6883, 7147, 7199, 7222, 7278, 7347, 7400, 7758, 8007, 8034, 8218, 8736, 8849, 9536, 9730, 9884, 9949, 10046, 10078, 10155 dan 10392; al-Darimi, hadis no. 1418 dan 1681.

وعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللُه عَنْهَا، قَالَتْ :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الضُّحَى أَرْبعاً، وَيَزِيْدُ مَا شَاءَ اللَّه .

رَوَاهُ مُسْلِمٌ


Dari Aisyah ra. berkata:

Rasulullah saw. biasa shalat Dhuha empat rakaat dan menambah sekehendak hatinya.

(HR Muslim)


Hadis sahih, diriwayatkan oleh Muslim, hadis no. 1175 dan 1176; Ibn Majah, hadis no. 1371; Ahmad, hadis no. 23317, 23497, 23742, 23970, 24073, 24182, 24219 dan 25084.

وَعَنْ أُمِّ هَانِيءٍ فاخِتةَ بنتِ أَبِي طالبٍ رَضِيَ اللُه عَنْهَا، قََالَتْ:

ذهَبْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الفَتْحِ فَوَجَدْتُهُ يَغْتََسِلُ، فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ غُسْلِهِ، صَلَّى ثََمَانِيَ رَكَعَاتٍ، وَذَلِكَ ضُحًى .

مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

وهذا مختصر لفظ إحدى روايات مُسْلِم .


Dari Ummu Hani', yaitu Fakhitah bint Abu Thalib ra. berkata:

Aku pergi ke tempat Rasulullah saw. pada hari penaklukan kota Makkah, lalu aku temui beliau saw. sedang mandi. Setelah selesai beliau saw. mandi, beliau shalat delapan rakaat. Dan itu di waktu dhuha.

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah yang diringkaskan dari lafaznya salah satu dari beberapa HR Muslim.


Hadis sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari, hadis no. 271, 344, 1012, 1016, 1039, 1105, 2935, 3954 dan 5692; Muslim, hadis no. 509, 510 dan 1177-1180; Abu Daud, hadis no. 1098, 1099 dan 2382; al-Tirmizi, hadis no. 436 dan 2658; al-Nasa’i, hadis no. 225 dan 412; Ibn Majah, hadis no. 458, 606 dan 1369; Ahmad, hadis no. 25653, 25660, 25668, 26111, 26118 dan 26120; Malik, hadis no. 322 dan 323; al-Darimi, hadis no. 1416 dan 1417.